Wednesday 25 May 2011

Taaruf

Wednesday
25th May 2011
22 Jamadilakhir 1432
Gajah dan bercahaya

Assalamualaikum WBT...

Syukur aku kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat aku mulakan idea untuk ber blog ini... Idea ini tercetus kerana keinginan aku untuk berkongsi pelbagai pengalaman hidup aku dengan kalian semua. Walaupun blog ini fokusnya ialah terhadap pembabitan aku didalam dunia Burung Walit atau lebih tepat lagi dalam industri Rumah Burung Walit, namun, along that line, aku banyak sisipkan pengalaman. kisah kehidupan dan pelbagai lagi yang mana secara langsung atau tidak mempunyai impak yang langsung kepada kehidupan seharian aku.

Serba sedikit tentang diriku. Aku berasal dari Kemaman, Terengganu dan telah mula mendalami ilmu walit ini tidak lama dahulu. Penglibatan aku dengan industri ini adalah bermula dari ayah aku yang mana dia telah hapir 2 tahun mengkaji tentang industri yang penuh misteri ini. Atas galakan dan dorongan oleh beliau, aku kini juga turut serta dalam industri ini. Pada waktu lapang, aku suka bermain golf , mengembara dan juga fotografi. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan seorang putera yang hebat.

Jika dilihat di bahagian atas blog ini, aku telah asingkan setiap entri mengikut kategori masing masing.

1) About Me - Merupakan main page ini
2) General - Merupakan entri umum yang berkaitan dengan kehidupan seharian aku
3) Travel Log - Merupakan rentetan perjalan kembara aku
4) Case Study Kehidupan - Merupakan entri berkaitan cerita benar yang terjadi dan mempunyai pengajaran yang boleh kita renungkan bersama
5) Case Study RBW - Merupakan entri berkaitan Rumah Burung Walit yang bermasalah
6) RBW For Dummies - Merupakan entri bersiri mengenai dunia industri Burung Walit

Aku berharap agar kalian semua dapat manfaat dari cerita cerita yang aku kongsikan ini. Aku memohon maaf jika ada kesilapan di dalam blog ini.

Salam,
Zienit
1139 AM
Chukai, Kemaman